Thursday 27 December 2012

Dialah Teman :')

Assalamualaikum n selamat malam..

Hati bagaikan rasa hendak meluahkan sesuatu, tapi tak dapat dikeluarkan melalui kata-kata. Lalu, membuka blog ini, ingin pulak diluahkan rasa hati melalui entri yang bakal aku sajikan malam ini. Ya Allah, tak tahulah kenapa rasa di hati ini serba tak kena.

Bukannya rasa hendak mengungkit perkara yang pernah aku lakukan..
Suatu ketika dahulu,
Aku ingin menjadi tangan yang mengusap setiap air mata yang mengalir dari sesiapa pun,
aku ingin menjadi telinga buat mereka yang mempunyai masalah dan ingin diluahkan,
Kedua tanganku sentiasa ingin memeluk sesiapa sahaja yang perlukan dakapan dari seorang sahabat,
Sentiasa ingin menjadi pelawak bagi sesiapa yang memerlukan ketawa.
Adakalanya, menjadi kaunselor yang tak bertauliah untuk mereka yang memerlukan nasihat setakat yang aku mampu. Ya itulah aku, sentiasa ingin menjadi seorang sahabat di mana2 sahaja.

Tapi, kali ini. Bila aku memerlukan cuma seorang sahaja disisiku. Di mana mereka?

Well, memanglah Encik Adam ada senantiasa disisi, tak dinafikan. Tapi, si dia hanya mampu menjadi pendengar dan memberi sedikit nasihat. Ingin mengusap, memelukku jauh sekali.

I really need someone, 'someone' yang tak pernah wujud. Tapi ada orang yang pernah memesan kepada ku:
"Di dunia ini, sebagai seorang umat Islam, kita tak kan sesekali sepatutnya berasa sunyi. Kerana Allah sentiasa disisi, cuma kadang2 kita yang selalu alpa dan leka melupakan-Nya. Mungkin selama ini kita yang melupakannya, sebab itulah jiwa sentiasa kosong. Jangan sombong terhadap Allah, Sayang. Dekatkanlah diri kepada-Nya" - En. Adam.

Sejauh itulah Adam banyak membimbingku kembalikan ku ke jalan yang sepatutnya aku berada. Terima Kasih, Adam. Secara jujurnya, Adam bukanlah seorang lelaki yang sangat2 kuat agamanya, tapi setakat ini Adamlah yang banyak memberi panduan, apa yang sepatutnya dan apa yang tidak sepatutnya aku lakukan. Alhamdulillah, setakat ini kebanyakkannya membantu.

Sesudah itu, walaupun aku tidak punya teman akrab, teman ketawa, teman menangis tapi Adam mempunyai keseluruhan kriteria itu dalam dirinya. Bertuahnya badan, Ya Allah kalau dialah teman terbaik ku, dekatkanlah jodoh di antara kami. Permudahkanlah kami mengharungi segala dugaan-Mu, Jauhkanlah kami dari segala kejahilan, kemaksiatan, serta perkara yang mensesatkan matlamat hidup kami sebagai Hamba-Mu, anak yang soleh dan solehah kepada kedua orang tua kami, umat Islam yang berjaya di dunia dan akhirat-Mu, Amin.

Tapi! Tapi..! TApii...!!
Adam kadangkala menyakitkan hati. Haha, Seriously! Dia ni bukan romatik sangat pun orangnya. Then anak manja Ibu dia plak tu. Ya Anak Ibu, maklumlah putera bongsulah katakan. Lagi satu, Adam suka bebel, baju singkatlah, ketatlah, dah fully tutup pn, dia kata seksi. Pastu kalau dia marah, boleh plak. Cuba3 kalau aku plak punya turn, kalau boleh seminit lepas marah tu, terus dia nak aku ok! Hurmmmm~ ok setakat tu jelah yerr.. ok, Harap Adam hidung kembang jangan marah ya kalau baca ni. :P

Plus, ada orang di dalam pertalian saudaranya sendiri, tak senang dengan aku. Its ok lah, I dont care, 'A' bukan nama sebenar. I know who I am, Allah know who am I, my parent know who exactly me and Adam love me. We love each other, thats all. By the way, I cant say that I don't need you in ours, but for sure, aku akan sentiasa berdoa' Allah lembutkan hati anda untuk melihat kami "Happily Ever After". 'A' kata aku zero? Nothing? huhhhh ( Sabarrr Ain, sabarrr~)

Aku tahu she doesn't like me, because of peristiwa lepas. Tapi, 'A' cuma tahu cerita dari pertengahan dan penghujungnya. 'A' tak tahu hujung pangkal cerita and WHY ALL THIS INCIDENT HAPPEN? I heard that u're becoming a Uztazah for kindergarden, So please as a person who older than me, you can show and teach me what I should or 'Me and Adam' doing. Sedangkan Nabi Muhammad SAW ampunkan umatnya, apatah lagi kita sebagai manusia biasa. 'A', aku tak kan berundur, tak kan menyerah dan aku jugak tak kan melawan, kerana aku tidak layak untuk melawan sesiapa di pihak mu. Tapi, aku akan terus menunggu restu darimu dengan diriku yang sebenar, bukan menjadi seperti apa yang anda inginkan.

For Ibu Adam, terima kasih sangat sebab memangilku, "anak..."- Terharu sangat, Love you.



P/s : Adam, hope both of us, ambil pengajaran atas apa yang berlaku. Mungkin nampak seperti salahku, namun pada dasarnya ia juga bermula dari peribadi mu perlu kau 'upgrade' sedikit. Harap ini perkara pertama and terakhir yang paling teruk pernah terjadi dalam hubungan kita.

With Love.
Ain =)

No comments:

Post a Comment