Thursday 27 December 2012

Dialah Teman :')

Assalamualaikum n selamat malam..

Hati bagaikan rasa hendak meluahkan sesuatu, tapi tak dapat dikeluarkan melalui kata-kata. Lalu, membuka blog ini, ingin pulak diluahkan rasa hati melalui entri yang bakal aku sajikan malam ini. Ya Allah, tak tahulah kenapa rasa di hati ini serba tak kena.

Bukannya rasa hendak mengungkit perkara yang pernah aku lakukan..
Suatu ketika dahulu,
Aku ingin menjadi tangan yang mengusap setiap air mata yang mengalir dari sesiapa pun,
aku ingin menjadi telinga buat mereka yang mempunyai masalah dan ingin diluahkan,
Kedua tanganku sentiasa ingin memeluk sesiapa sahaja yang perlukan dakapan dari seorang sahabat,
Sentiasa ingin menjadi pelawak bagi sesiapa yang memerlukan ketawa.
Adakalanya, menjadi kaunselor yang tak bertauliah untuk mereka yang memerlukan nasihat setakat yang aku mampu. Ya itulah aku, sentiasa ingin menjadi seorang sahabat di mana2 sahaja.

Tapi, kali ini. Bila aku memerlukan cuma seorang sahaja disisiku. Di mana mereka?

Well, memanglah Encik Adam ada senantiasa disisi, tak dinafikan. Tapi, si dia hanya mampu menjadi pendengar dan memberi sedikit nasihat. Ingin mengusap, memelukku jauh sekali.

I really need someone, 'someone' yang tak pernah wujud. Tapi ada orang yang pernah memesan kepada ku:
"Di dunia ini, sebagai seorang umat Islam, kita tak kan sesekali sepatutnya berasa sunyi. Kerana Allah sentiasa disisi, cuma kadang2 kita yang selalu alpa dan leka melupakan-Nya. Mungkin selama ini kita yang melupakannya, sebab itulah jiwa sentiasa kosong. Jangan sombong terhadap Allah, Sayang. Dekatkanlah diri kepada-Nya" - En. Adam.

Sejauh itulah Adam banyak membimbingku kembalikan ku ke jalan yang sepatutnya aku berada. Terima Kasih, Adam. Secara jujurnya, Adam bukanlah seorang lelaki yang sangat2 kuat agamanya, tapi setakat ini Adamlah yang banyak memberi panduan, apa yang sepatutnya dan apa yang tidak sepatutnya aku lakukan. Alhamdulillah, setakat ini kebanyakkannya membantu.

Sesudah itu, walaupun aku tidak punya teman akrab, teman ketawa, teman menangis tapi Adam mempunyai keseluruhan kriteria itu dalam dirinya. Bertuahnya badan, Ya Allah kalau dialah teman terbaik ku, dekatkanlah jodoh di antara kami. Permudahkanlah kami mengharungi segala dugaan-Mu, Jauhkanlah kami dari segala kejahilan, kemaksiatan, serta perkara yang mensesatkan matlamat hidup kami sebagai Hamba-Mu, anak yang soleh dan solehah kepada kedua orang tua kami, umat Islam yang berjaya di dunia dan akhirat-Mu, Amin.

Tapi! Tapi..! TApii...!!
Adam kadangkala menyakitkan hati. Haha, Seriously! Dia ni bukan romatik sangat pun orangnya. Then anak manja Ibu dia plak tu. Ya Anak Ibu, maklumlah putera bongsulah katakan. Lagi satu, Adam suka bebel, baju singkatlah, ketatlah, dah fully tutup pn, dia kata seksi. Pastu kalau dia marah, boleh plak. Cuba3 kalau aku plak punya turn, kalau boleh seminit lepas marah tu, terus dia nak aku ok! Hurmmmm~ ok setakat tu jelah yerr.. ok, Harap Adam hidung kembang jangan marah ya kalau baca ni. :P

Plus, ada orang di dalam pertalian saudaranya sendiri, tak senang dengan aku. Its ok lah, I dont care, 'A' bukan nama sebenar. I know who I am, Allah know who am I, my parent know who exactly me and Adam love me. We love each other, thats all. By the way, I cant say that I don't need you in ours, but for sure, aku akan sentiasa berdoa' Allah lembutkan hati anda untuk melihat kami "Happily Ever After". 'A' kata aku zero? Nothing? huhhhh ( Sabarrr Ain, sabarrr~)

Aku tahu she doesn't like me, because of peristiwa lepas. Tapi, 'A' cuma tahu cerita dari pertengahan dan penghujungnya. 'A' tak tahu hujung pangkal cerita and WHY ALL THIS INCIDENT HAPPEN? I heard that u're becoming a Uztazah for kindergarden, So please as a person who older than me, you can show and teach me what I should or 'Me and Adam' doing. Sedangkan Nabi Muhammad SAW ampunkan umatnya, apatah lagi kita sebagai manusia biasa. 'A', aku tak kan berundur, tak kan menyerah dan aku jugak tak kan melawan, kerana aku tidak layak untuk melawan sesiapa di pihak mu. Tapi, aku akan terus menunggu restu darimu dengan diriku yang sebenar, bukan menjadi seperti apa yang anda inginkan.

For Ibu Adam, terima kasih sangat sebab memangilku, "anak..."- Terharu sangat, Love you.



P/s : Adam, hope both of us, ambil pengajaran atas apa yang berlaku. Mungkin nampak seperti salahku, namun pada dasarnya ia juga bermula dari peribadi mu perlu kau 'upgrade' sedikit. Harap ini perkara pertama and terakhir yang paling teruk pernah terjadi dalam hubungan kita.

With Love.
Ain =)

Saturday 22 December 2012

I'm Just Human Being With Feelings.

Assalamualaikum and Happy Saturday, everyone!

Hey, hey, hey, listen! Walaupun aku bukan the type of person yang TIDAK suka menilai seseorang, but i'm just a human being with feeling. In other word, saya tak kisahlah orang tu macam mana, nak jadi apa, apa jadi dengan dia. Lantak dialah, bagi aku itulah dia. Well, tak dinafikan aku mempunyai ciri-ciri orang yang aku minati, yang aku benci dan sebagainya. So, i'm just a human being, Hamba ALLAH SWT yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan, kadang2 overreaction, ada masanya confident memang gempak gila.
Just like bait-bait lirik lagu "Ordinary Girl" yang dinyanyikan oleh Miley Cyrus.

"Sometimes I'm lazy, I get boredI get scared, I feel ignoredI feel happy, I get sillyI choke on my own words
I make wishes, I have dreamsAnd I still want to believeAnything could happen in this worldFor an ordinary girl"
But, remember! I'm Just A Human Being With Feelings. That is mean, aku pun ada perasaan marah bila ada orang buat aku marah, terasa sakit bila ada orang sakitkan hati aku, geram bila ada buat aku geram and aku juga ada sifat penyayang terhadap haiwan, benda yang aku syg especially benda tu diberi oleh mereka-mereka yang istimewa. Selain itu juga, aku juga ada rasa cinta, cinta pada Allah dan Rasul, Orang tua, adik-beradik, family, Encik Adam and sahabat-sahabat.

I love Singing so much since I was kid, for you guys punya information, I dont wanna be a singer! Aku menyanyi biasanya untuk melepaskan rasa di hati, kenapa? sebab saya jenis memendam.. hehe..tapi, entah kenapa sem ni ada sahaja invitation untuk perform yang datang, just take it jelah. Pengalamannnnn, hehe. ni semua berlaku after aku menang 1st place 'Solo singing' Competition sempena English Fun Time hari tu.

Berharap sangat2 1 day aku dapat main mana2 antara alat muzik yg ada kt dunia ni.
Setekat ni tak berkesempatan lagilah, entah bila lah agaknya
Asyik nyanyi karaoke sja, minus one. Nak juga test power key suara sendiri, hehe
:)
Wish! Wish! Wish!
hehe, nak upload video but, kat sini wifi free kolej punya. Even youtube pun xbleh buka. haha! memang xdapatlah nak share. okie dokie. tata!

With Love,
Ain =)






Wednesday 19 December 2012

SELAWAT TAFRIJIYAH...amalkan :)

Assalamualaikum dan selamat malam..
#Aku dapat merasakan di antara banyak-banyak malam, malam ini adalah di antara salah satu malam yang bertuah yang pernah aku ada.

Antara asbabnya, entah kenapa malam ni hati begitu sungguh terbuka dengan penampilan yang aku sendiri tak pernah sangkakan bahawa suatu masa nanti aku akan menggayakannya. Dan hari ini terjadi, sungguh benar apa yang diperkata oleh orang2 sebelum ni. Kita dapat merasa bahawa diri akan lebih 'selamat', walaupun bukan 'selamat' sepenuhnya tapi hati berasa begitu tenang sekali. Malahan si dia juga ada mengatakan; "sejuk hati saya tengok awak pakai macam ni, hehe...". Tiba-tiba terlintas di hati ini, apatah lagi kalau abah dengan mummy sekiranya melihat penampilan aku malam ni, sejuk hati Abah, sejuk perut mummy yang 9 bulan mengandungkan aku. Subhanallah, baru aku tahu dan sedar malam ni, Allah meletakkan sesuatu itu ada sebab2 tertentu.

Kemudian, malam ni jugak merupakan malam Usrah terakhir aku bersama-sama family usrah ku. Hurm, bukan last yang selama2nyalah, tapi kali yang terakhir buat sem ini. Memandangkan 2 minggu akan datang merupakan peperiksaan akhir semester bagi aku dan juga rakan-rakan seangkatan ku di Universiti. Apa yang mampu, aku doakan kalian serta sahabat2 semua buat yang terbaik dan lakukan ibadah menuntut ilmu ini lillahita'la, In Shaa Allah yer kawan2. Tak lain tak bukan juga sasaran untuk meraih anugerah Dekan supaya berjaya grade dengan cemerlang, yeah! hehe.

Khas buat rakan2 sekelas : 2BTMM-FPTT-UTeM
dan Blink2, Rakan2 Usrah dan semua yang mengenali diri ini
Juga buat si Dia, all the best!

Pada entri ini, aku nak kongsi satu tips yang amat menarik, bermanfaat dan penuh kenikmatan, In Shaa Allah. Tips ini telah dikongsi oleh salah seorang rakan usrah aku tadi. Ternyata dan yang pasti ini juga merupakan 1 tips baru buat diri aku secara peribadinya. Mungkin ianya juga anda di antara pembaca2 yang memang mengamalkan tips ini sebelum ni. Namun, menurut mereka yang telah mengamalkannya sebelum ini, Alhamdullilah ternyata ianya sangat berkesan terutamanya kepada subjek2 yang memerlukan daya ingatan yang kuat, subjek yang perlu banyak membaca. Menurut sahabat tu lagi, tips ini dikongsi sendiri oleh pensyarah beliau yang kini berpangkat 'Dr'(Phd), tidak mustahil jika tips yang sama juga di gunakan oleh beliau. apa yang aku maksudkan adalah dengan mengamalkan 'SELAWAT TAFRIJIYAH' semasa mengulangkaji pelajaran.

Untuk lebih membantu, sila lah download bacaan selawat ni daripada internet.
:)
Sampai saja kat rumah, aku terus search kelebihan2 lain yang ada pada SELAWAT TAFRIJIYAH ni daripada internet, almaklumlah aku juga baru sahaja mengenalinya. Ternyata ianya lebih banyak kelebihan dan keistimewaan lain yang ada pada selawat ni, Jom kita beramal kawan2!


Kelebihan Selawat Tafrijiyah yang pernah disampaikan oleh ulama..

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
  1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11X setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
  2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 X atau 100 X, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
  3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 X setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
  4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 X akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
  5. Selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita.Sesuai dengan kelebihan berselawat
  6. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 X ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
  7. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 X setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  8. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 X sehari, Insyaallah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita
  9. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 X pada air dan minum. Insyaallah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  10. Berselawat 33 X sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  11. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
  12. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
  13. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 X setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  14. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 X setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  15.  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya
  16. Membaca selawat 10 X pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  17. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 X selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  18. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 X sehari.
  19. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 X tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, Insyaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  20. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  21. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
  22. Membaca selawat 1000 X selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya
  23. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 X pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
  24. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat .
p/s : sekian sahaja informasi untuk malam ini, akhir sekali selamat berjuang dalam peperiksaan akhir buat semua rakan seperjuang yang bakal menduduki exam final ni, All the besttt!! ingat! LILLAHITAA'LA :)
Selamat malam, buat semua permata hati Allah.

With Love,
Ain :)

Monday 17 December 2012

GIRLS DAY OUT...!!

Assalamualaikum.
16th Disember 2012, yes! On that day, I ada temujanji special. Dan yang pastinya temujanji tu jugak bersama-sama dengan mereka yang awesome and gorgeous. ya! for really mereka sangatlah awesome n gorgeous. Memanglah before ni tak nampak, tapi tulah kenyataannya. Tak percaya? Well, keep ur eyes on your lappy's screen ok. Hehe, huhuuuuu so with who? WITH my Girlfriendssssssss!! taraaa.......

Here We go : Me, Pipah and Fara D

A day before we plan nak hang out ni. Urm, No! Actually Pipah and Fara yang plan nak kuar. Then, Fara pun text I ajak kuar sekali. And then, oleh kerana masalah yang sangat ramai and sangat banyak menimpah aku kebelakangan ni, aku pun tanpa segan dan silunya bersetujuh dengan pelawaan Fara D yang kecik lagi comel tu. Cerita asalnya, Pipah yang 'mengidam' nak makan kat Johny's Restaurant plus nak practise Bowling, so aku cuma orang yang mengambil kesempatan yang berharga ini for enjoy myself, kesian dye keletihan, hehe.

So, on that day, early morning I've just arrived from somewhere with someone. Balik awal pgi kat hostel sebab ingat nak kuar pagi around 10:00am or before tengah hari macam tu lah. So, tunggu punya tunggu kat rumah;
10:00am - still waiting...
11:30am - waiting, and waiting..hehe
12:30pm - akhirnya dapat gak mesej, Fara kata kuar 1:30pm.hehe..
(Why lambat..? hehe adalah sebab musabab dye.)
01:30pm - off to Dataran Pahlawan, Malacca.
Sesampai kitorg dekat Dataran Pahlawan, pertama sekali kitorg settlekan dulu c Pipah yang 'mengidam Johny's tu. Hehe, tapi memang super awesome. Dengan perut yang dah berkeroncong, Johny's steamboat yang sangat yang sedap di tambah plak waktu-waktu tengah hari. Ni lah antara gelagat kami yang tengah kelaparan but still control ayu. Kehkehkeh

Pipah dan Chopsticknya..wee~

Aku dan Encik Chopstick

Fara bersama Chopstick

Tu tangan tu...jeleslah tu gambar aq kene amek..weekk!! hehe

Kami tengah main masak-masak dalam @Johny's Restaurant

Bahan2 Steamboat yang di masukkan ke dalam kuah Tom Yam yang sangat yum2!

Plain Rice pun ada..lapar kan..

"urgghhhhh~"
Alhamdulillah kenyang, ternyata Pipah memang pandai pilih juadah tengah hari. Sangatlah tepat dengan masa dan keadaan waktu tu. Hurm, even tengah update blog ni pun terbayang2 Johny's Semalam. Grr!
After makan, apa lagi kitorg straight ke Mahkota Parade Mall, Malacca untuk agenda yang seterusnya.

Masuk je ke dalam Mahkota Parade tu, tengah ada satu performance sempena
Christmas yang bakal menjelang tiba.
hehe, So selamat menyambut Hari Natal buat semua yang bakal meraihkannya!!
:)

Tengah2 tengok performance tu, sempat lagi posing Cik Pipah and Cik Fara ni. wee!


So, our next agenda is 'BOWLING TIME"!!
Hehe, Seriously aku memang tak reti main Bowling. As usual, bila ada member2 yang nak main Bowling aku akan senantiasa menjadi menyokong setia buat mereka yang main. Even kat mana2 pun dengan sesiapa pun, yes tu memang keja aku. Cheerss! paling up pun tukang belikan air buat semua pemain. Hehe *Dilarang Gelak* ~But, who knows hari ini dalam sejarah; buat pertama kalinya aku main Bowling. Yes! AIN MAIN BOWLING. Walaupun, before ni Abah and Mummy merupakan Cikgu Bowling kt sekolah untuk student diorang tapi aku tidak pernah pun berminat nak main Bowling ni. Dah lah Bola dye berat, nak style2 bagai and bla bla bla. Thanks kepada Cik Pipah and Cik Fara selaku Jurulatih tak bertauliah and Pengurus juga tak bertauliah on that day. Serious, pengalaman yang tak kn dapat aku lupakan.

Tu Kasut kat bawah tu yang mahal tu..hehe

Thats my Coach ok.
Cik Pipah main memang awesome!
Plus, ni main sambil Practise sebab dye ada Competition on the next days.
Wewiittttt~~

Ni yang kecik molek, Cik Fara.
On the 2nd and 3rd frame main sme2,
tapi, still tak bleh compete ngan markah Cik Pipah

Pilih Bola pon Comel.
Weekk!!

Selepas main Bowling kitorg terus ke Surau untuk mengerjakan Solat Maghrib. sweet!
OK, next part adalah part yang menjadi favourite setiap perempuan. Cuma ada kategori2 dyelah. Ada yang addict, ada yang biase2 je, and ade jugak yang buat cuma bile perlu xlupa gak buat yang kurang meminati. Yes! ada jugak kategori macam tu. Part yang aku maksudkan is "WINDOW SHOPPING". Hehe, window shopping je mampu, nak beli2 skali tu lain waktulah nmpknya memandangkan shopping2 xda dalam list kami. In other words, xde bajet utk shopping. Kahkahkah.

Time Window shopping ni, aku dapat tahu sesuatu, iaitu:

HOT HIGH HEELS

HOT & Cool RED

GORGEOUS STYLE
YES>>>!! yess!! yes!
aku, Cik Pipah and Cik Fara, masing-masing suka sgt2 kat kasut ni. Can u see? kami ada satu fevret style and colour of a high heels yang sama. Dan serious kasut tu memang sangatlah awesome. Kedai kasut tu pun awesome jugak, semua awesome kt situ. Dah lah dye display, both side of shoe then ikot size. Means, 1 section tu, if like me guna size 6, just pegi kawasan yang semua kasut bersaiz 6 ada kat situ. So, kita just pilih design je.




Selesai berjalan, kitorg pon balik hehe..masa tu around 9:00pm..wohoo! sangat have fun!
Thanks Cik Pipah and Cik Fara sebab ajak keluar, hehe
and credit to : Cik Fara D, guna handphone dyelah, tak picture semua yang kat atas tu






With Love,
Ain =) 







Friday 14 December 2012

TEGURLAH JIKA SALAH, JANGAN MEMBENCI TANPA SEPATAH

Assalamualaikum wbt. dan Salam Jumaat
#Jumaat adalah penghulu segala hari. Alhamdulillah masih lagi kita diberi peluang untuk menikmati ciptaan yang maha indah, ALLAH SWT.

Tanpa kita sedari ada masanya kita cuba untuk buat sesuatu tu dengan cara yang terbaik. Menghargai manusia dan sekeliling alam kita dengan penuh rasa nikmat dan syukur. Namun, kenapa masih diri ini terasa seperti dianiaya. Subhanallah, Allah maha hebat, Dia ada perancangan yang amat sempurna buat diri kita di luar jangkaan kita. Sakitnya hanya pada permulaan, kamudian dalam beberapa peringkat membuatkan diri ini sedar akan kebesaranNya, kekuasaanNya dan kehebatanNya. Mungkin diri ini bukanlah Islam sejati yang alim tapi In Sha Allah hati ini masih betakhta Tuhan yang Esa, Allah SWT.

Sebelum ini,
Sifat semula jadi aku yang tidak pernah menilai seseorang telah membawa aku ke satu tahap yang amat menyakitkan tetapi penuh dengan pengisian yang boleh dijadikan pengajaran sebagai seorang manusia yang hanya singgah buat sementara waktu di Bumi milik Allah ini. Siapa pun orang yang datang kepadaku, berdampingan  dengan ku, bersahabat dengan ku, sentiasa di alu2kan dengan hati yang ikhlas. Siapa pun dia, bukan persoalan bagiku, tetapi siapa dia untukku, siapa dia kepadaku esok hari, dan apa yang aku jadi selepas bersamanya, itulah yang teramat penting. Namun, perkara ini tidak pernah aku pertimbangkan sebelum ini, kenapa? kerana ikhlas menerima dirinya sebagai manusia yang sama2 duduk di Bumi Allah. Sahabat sekalian, kita ini tidak pernah lari dari melakukan kesilapan tapi, ada kesilapan yang kita sedari dan ada yang diluar pengetahuan kita. Sebaik2nya, "TEGURLAH JIKA SALAH, BUKAN MEMBENCI TANPA SEPATAH".

Kita tegur demi kebaikannya kerana ingin lihat dia menjadi lebih baik dari semalam. Akan tetapi, macam mana kita hendak melihat seseorang tu menjadi lebih baik kalau kita menegur tanpa suara, perkataan, bahasa badan ataupun sebarang cara komunikasi yang lain. Bolehkah dia menjadi lebih baik. Fikirkanlah? Kemudian, kesilapannya menjadi perkara kita benci. Di mana keadilan kita pada masa itu? Di mana perginya kemanusiaan kita?

Keikhlasan itu ada batasnya, ini yang tidak pernah aku terfikir. Keikhlasan juga mempunyai batas-batas tertentu, terutama sekali dalam keikhlasan memberi dan keikhlasan menerima. Huhh! Sungguh mendalam bahasa yang aku gunakan hari ni, hehe. Aku pun dah pening baca. By the way, Alhamdullillah segala kekusutan telah selesai, salah faham yang terjadi telah pun berjaya dileburkan. Namun, ada sesuatu yang tak berjaya untuk aku kutip semula. Iaitu nilai perhubungan di antara aku dan dia.

Hal ini mungkin disebabkan hati kami tidak yakin dan tidak kuat dengan dugaan yang melanda, aku pun turut berkecil hati dan terkilan dengan apa yang terjadi. Malangnya, bukan kami yang mintak, aku sendiri tidak pernah menyangka untuk di duga sebegini. Kalau boleh aku putarkan masa tak nak berkenalan dengannya sebab tak mahu menanggung sakit ni. In Shaa Allah, akan aku jadikan ia sebagai ikhtibar buat diri ku di masa2 akan datang. Pertama, jangan terlalu menyayangi kawan, fact jangan terlalu meyakini dan menyayangi sesebuah hubungan melebihi yang maha Esa.

Kenapa aku di benci, sedangkan aku tidak pernah membenci sesiapa walaupun dicercah, dicaci dan dihina. Subhanallah, tidak pernah terlintas langsung dihati ini untuk membenci sesiapa. Malah, melepaskan marah di hati saja aku tidak mampu. Kenapa? sebab aku tahu diri ini tidak sempurna dan sangat hina di Mata Allah. Ya, itulah aku yang sgt daif di sisiNya. Tapi, kenapa tetap ada yang tidak senang akan kehadiran, aku tak pernah pun ganggu hidup orang. Tambahan kalau aku mampu, aku ingin jadi 'bahu' kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, ingin menjadi tangan yang mengesat air mata sesiapa sahaja, menjadi telinga untuk luahan hati sesiapa sahaja dan segala2nya yang aku mampu, In Shaa Allah.

Namun hati selalu teringat kepada kata-kata abah : "Allah takkan menguji hambanya, di luar kemampuannya sendri, dan selagi Allah tu menguji kita..selagi itulah Allah tu masih sayangkan kita.."

Ini sahaja yang menjadi bekalan untuk aku berdepan dengan segala dugaan dan masalah yang kadang-kadang menyebabkan aku jatuh tersungkur. Mungkin jugak peristiwa ini, menginginkan aku agar semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT, alhamdulillah aku telah menjadi sebahagian daripada hambaNya yang terpilih berjaya memperoleh cahaya hidayah dari-Mu, AMinn.. (:

Selepas ini, berhati2lah Ain dalam menjaga hati sendiri, jangan terlalu melukakannya.

ALLAH SWT WITH ME <3


P/S : Hari ini hari yang amat istimewa, menurut kalender islam hari ini merupakan 1 Safar 1434 = 1/2/34..see? Lawakann? kena pulak dengan Hari Jumaat penghulung segala hari. Subhanallah, cantiknya perancangan Allah. Marilah kita mendekatkan diri kepadanya selagi di beri peluang, Aminn.

Monday 10 December 2012

Special Menu for Today : DURIAN CREPE!!

Assalamualaikum...n Good Evening.. :)
Guess what..? Guess what..? Guest what....?

Sebuah Kedai; "Durian Cake" yang terletak betul2 berdekatan  dengan
TESCO Cheng, Melaka.

Yes! Right! Betol..! saya memang pencinta Durian. U know what? If ada Durian 2@3 biji depan mata pon saya boleh habiskan SEORANG ok. Tapi, apa yang special untuk hari ni, saya dapat makan sjenis makanan yang comel2 yang telah di inovasi sedikit di mana ianya berasaskan DURIANNNN. Seriously, yum2! Sedap! Actually dah lama 'ngidam' Durian ni, sangat2 :( tapi xdapat buah original DURIAN, dapat DURIAN CREPE ni pun jadilah. #Syukur ALHAMDULILLAH YA ALLAH..

Disebalik manghadapi hari2 yang sukar, berdepan dengan cabaran hidup yang sangat2 menyeksakan hati ini. Dan xda siapa pun yang tahu, Allah dah bagi aku kesempatan Happy sekejap, menjamu makanan FAVOURITE aku.

Here I'm Sharing with you..The Gorgeous Durian Crepe.. I lovin' it.. so much! Muahh..

U see? comelkan durian crepe ni, luaran dia macam rse roti jala tu hah.

Then, kt dalammmmmm...waaa....Original Durian gred D36..yummy kan??!

Di campurkan bersama2 cream perisa Vanilla..dan ianya memang sangattt CREAMYYY!!

Kulit dye, nipis je actually..Dalam yang banyak, and itulah yang owesome!

Sangat Sayang nak habiskan :(
fine, harga dye RM3/pc
Tapi, serius. sangat berbaloi
P/s : Sekali cuba pasti nak lagi.
With Love, 
Ain (:   

Another Lazy Monday

Assalamualaikum..

Hari Isnin, siapa tak kenal..? haha, hari macam nilah, pada kebiasaannya orang ramai akan cuba tuk buat alasan untuk mengelakkan daripada membuat satu2 kerja. urm, tak payah tengok contoh jauh2 lah. Aq pun kalau hari Isnin ni, hurmm nak sakit je tiap2 hari Isnin. For What? supaya aku dapat mengelak daripada datang kelas. TAPI! be carefull, kalau tiap2 minggu macam ni bahaya jugak. So, pandai2lah k. Tu lah salah satu lumrah kehidupan, ada masanya kita terpaksa menjalani kehidupan yang kita tak suka. Tak suka ke, Benci ke, Malas ke, WAJIB lawan semua tu. COME on.. Kalau boleh jangan biarkan Penyakit 'M' tu jangan ada dalam diri kita.

Tapi, kenyataannya, aku dah menghidap penyakit 'M' tu pada hari ni. wait! penyakit 'M' means sakit 'MALAS'..kahkahkah, maybe ada yang dah taw, or ada yang tak taw. So, I bagitawlah ni k. Dengan segala hormatnya, aku nak share yang aku dapat penyakit tu hari ini. Yes! hari ini, ok. Pssttttt, jgn cerita kat oranglah yang aku tak pegi kuliah. Well, aku sampai jugak kat kampus sebenarnya, cuma tak sampai je ke dalam class. Why? hehe, biarlah rahsia. Alaa, korang ITS CALLED LAZY MONDAY, tulah aq tak masuk class. Tapi, ok ape, aku datang jugak k ke kampus. Apa aku buat..haa, yang tu aku tak boleh cakap..adalahh..adalah...adalah :P

I don't know why, semenjak dua menjak tiga menjak ni aku makin xda mood. Aku rasa mcm nak buat benda2 yang aku nak buat je. Kalau bnda yang aku tak berminat tu, sorry! talk to my hand..! hurm!! terukkan? Ain...ain...ain... What the hell is going on with you dear.. ggr! Tapi, apa yang pasti aku cuma ada mood nak ketchup balik subject2 yang aq dah lama tinggalkan disebabkan kesibukan aku di kota Melaka. Well, just wish me gudluck k (:

with love,
Ain (:

Sunday 9 December 2012

Ku Tetap Menanti

Damn seriously, lagu ni memang sesuai jadi tema aku sekarang ni..
So, sekarang tengah dalam plan nak buat Cover dengan lagu ni. :)

Ku tetap Menanti - Nikita Willy

Meski dirimu bukan milikku
Namun hatiku tetap untukmu
Berjuta pilihan disisiku
Takkan bisa mengantikanmu

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu menjadi yang terbaik
Dan masih menjadi yang terbaik
Ku akan menanti

Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku
Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Walau badai menerpa
Cintaku takkan ku lepas
Berikan kesempatan untuk membuktikan
Ku mampu jadi yang terbaik
Dan masih jadi yang terbaik

Ku akan menanti
Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu
Ku tahu kau hanya untukku
Biarkan waktuku
Habis oleh penantian ini
Hingga kau percaya betapa besar
Cintaku padamu ku tetap menanti

Penantian Panjang..

Meski harus penantian panjang
Ku akan tetap setia menunggumu :')



Friday 31 August 2012

The Day of My Way to Vacation o_O

1:20 am,
Pavilion Hotel, Sandakan, Sabah

Salam 13 Syawal dan Salam kemerdekaan,
Setelah mengamati panorama semulajadi keindahan ciptaan Allah SWT di sepanjang perjalanan daripada Tawau ke daerah Sandakan selama 5jam, akhirnya aku dapat merebahkan diri di bilik penginapan yang sudah ditempah sehari sebelum perjalanan. Apa yang paling menggelikan hati, sampai ke daerah tu kami mengambil masa hampir setengah jam nak cari hotel ni, hahahaaa! Maklumlh tengok je ada hotel lawa terus je booking. Confident je tau tempat, alih2 GPS jgk yg diharapkn. Tu pn, GPS hrmmm hampeh! bkn terer mna pn main GPS2 bagai ni..hadoiii

Baiklah, ini sebenarnya adalah perancangan bercuti last minute. Bukan apa, actually semua ni tak dirancang pun, huhu! alih2 je my family nak arrange holiday. Plan asal nk g a-day-trip melawat pulau-pulau yang cantik d Sabah ni. Such as Pulau Sipadan, Pulau Mabul n so on lah. Tapi, bila fikirkan blek yang aku ni dh nak pulang blek ke U, so aku tak nak tukar kulit jemur kat pantai tu. Or in other word aku tak nak jadi Beyonce Malaysia plak sambung study nanti, hehe. Then, plan change into plan B. so that is "Sandakan here i come :D"

Dah sampai bilik, check in pe suma. Kitorg kuar blek g mkn.. Nak cari mkn plak satu hal, hehe. Dari tempat penginapan ke pusat bandar ambil masa 10minit. Fuh! Dah la aku bkn je tahap lapar tahap gaban, bleh d katakan aku dah capai tahap kebulur dah. Ok dah sampai tempat makannn...

Tengah2 aku dibuai perasaan yg indah mengamati ikan bakar, datang plak geng2 budak moto mai race2 minyak bagai...huhaiii!! Hilang selera oden..ish3!! 

Remeja kumpul kepak2 ngn moto ngn member2..nk g celebrate "Merdeka eve" katanya. Hamboi2, penat2 nenek moyang kita perjuangkan titik peluh, darah, berputih tulang untuk mencapai kemerdekaan pada hari ini. Tapi, ini cara anak muda kita hari ini untuk menghargai apa yang telah kita kecapi hari ini..?? Fikir2kanlh yea, aku nk holiday xmau ingt gelagat budak2 tu lagi..hihi peace yoO!



Sekarang ni tg bt pa? HAHA.. tg membelek-belek risalah tempat2 menarik di Sandakan ni. hahh nak arrange jadual perjalanan untuk hari esok n seterusnya.. ok kwn2..until see u next time! :-*

Monday 4 June 2012

hujung minggu yang...

"adik..hari jumaat mcm ni, orang balek kampung dah..adik baru nak pulang hostel..?? dari mana..??" - ha ah,tulah soalan pakcik teksi kat aku semasa nak balik asrama daripada Melaka Sentral.. ^^

Salam,hye!

Boleh dikatakan ini adalah kisah yang menyayatkan hati sebenarnya. Bukan apa, hujung minggu orang balek ke kampung halaman masing-masing tapi aku? Terperangkap di sini. Hostel ku yang tercinta ni.. Tinggg!! 4 ur information k,mse aku sampi kat pintu gerbang hostel aq..huhu,sunyi sepi..adoi! aq pon terfikir lar dgn ttba mcm mana ngn aq mlm ni..tidur sorang2? kat asrama plak tu. jeng3.. alaa,lek luu..ok jerk.. (padahal dlm hati..)

Kisahnya apabila pada hari selasa tu aq terpaksa memontengkan diri daripada menghadiri kuliah pada minggu2 terakhir kuliah plak tu.. OK2, aq ponteng sebab aq kena turun KL..aq kena turun KL sebab my lovely parents from Tawau,Sabah was coming untuk urusan2 tertentu. So, aq pn pegilah bertemu dengan kekasih hati yang jauh dimata dekat dihati..segala onak duri dan halangan melanda aq tempuhi. Aq tak kira apa nak jadilah..sesiapa nak marah aq time tu,marah lah..Aq dah xkisah! hehe,yg penting dapat turun KL to meet my Mummy n Abah. Btw, that for the first time aq turun dripada Melaka-TBS-KL(jln msjid india) sorang2 k..well! I kan sailormoon,hehe. Fortunately, tak sesat time tu.. Alhamdulillah selamat jugak tiba kt hotel dimana my Mummy n Abah menginap. Ya Allah rindu bukan kepalang lar kata org. dan yang paling best time tu, haha! aq berkesempatan menjadi anak tunggal untuk 5 hari tersebat. Atas sebab, kesemua adik beradik aq xda masa tu.

"Abah nak itu.."
"Abah nak iniiiii.."
"Mummmy,lawa kan..?? nak 1..boleh.."

Itulah peluang yang terbaik untuk permintaan aq dipenuhi sepenuhnya..hehe,maklumlah dah lama kan tak manja2 kat mummy n abah..Well! I gunakan kesempatan itu sebaik mungkin.
~ok habis cerita ngn Mummy and Abah.

Sampi je kat hostel, kene plak duduk single2 kat umah,adoiii..!! tension nyerlah..Aku pun terus membuat andaian positif mengenai hal ini

"haaa...duk umah sorg ok lah..sng nak belajar amannn..kalau ada housemate yg lain...duk sembang je aq ni.."

hehe, sejam pertama- CONCENTRATE! study study study
huhh! jam kedua- CONcentrate..hehe(tgk smngt tu dah bkurg,huruf dah kecik)
Jam ketiga- lapar lar plak...aish! dah kenyang ngantuk plak..Zzzz~
Jam keempat dan seterusnya- Best jgk layan movie ni..

U see!
apalah nak jadi kat aq ni..ain ni minggu study k..next week dh nak exam dah..sedarlah yer..

p/s: For your information my others roomate akan balek dari kampung seminggu dari sekarang..hehe,so can u imagine.?? macam mana bosannya aq duduk kt umah ni..Saboooo jelah ^.^v

Tuesday 22 May 2012

IT's BEen a LoNg TiMe..

Assalamualaikum w.b.t..
hYe!!

its been a long long long time i'd not updated my blog, huhhh.. february.. march.. april.. then May.. oh no!! its been 3 months ago since my last update. hee XD

BTW, aq ada cerita best yang nak dikongsikan bersama2 korang dengan senang hatinya.. nak tau apa..??
k, tempat aq study baru2 ni telah menganjurkan satu event yang boleh dikatakan event besar gak ar. Namely, " Business Idea Competition(BIC)" sekali gus diadakan dalam Festival Keusahawanan yang julung2 kalinya diakan di kampus aq,FPTT (Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknokeusahawanan)..

So, dalam BIC tu aq and 3 lagi sahabat satu kumpulan aq (Attikah, Insyirah and Lutfiyah) turut mengambil bahagian. Selain daripada itu terdapat juga gerai-gerai yang dibuka oleh pelajar2 yang menjual beraneka jenis makanan, pakaian, aksesori wanita, dan tak ketinggalan jugak kitorg punyer gerai. Bukan menjual ataupon yg sewaktu dengannya, tetapi class aq anjurkan "Gamebooth" istimewa untuk pengunjung pada hari itu. apa yang pasti kami menjanjikan keseronokan, yuran penyertaan pon xdalah mahal sgt bahkan sangat berpatutan dan kami turut menhadiahkan hadiah istimewa  buat mereka yang berjaya melepasi cabaran permainan kami. Antara games yg kami, Dart-Balloon, Cane Bowling and Masukkan Bola pingpong dalam botol mineral (tak tau nak bagi nama apa),hehe (:

Mereka yang menang!! mendapat hadiah dripada kami yang mempunyai  Tag ini
*BTMM - Bachelor of High-technology Management(Marketing)


Ini adalah Poster yg kami pertaruhkan..yeah!! Alhamdulillah  (:
(kemenangan yg sgt bermakna sebenarnya)

Detik-detik pertandingan (:

NERVOUS!!!! haha~

TAHNIAHHHHHHH!!!!!!


















p/s: salah satu kenangan yang tak dapat dilupakan dalam hidup aq. Seronoknya dapat meraih kejayaan setelah gagal beberapa kali, Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih kawan2. Syukur ke hadrat Ilahi, pada hari tu kami menang and gerai pun mendapat sambutan yang lumayannn!!. Juga terima kasih kepada kawan sekelas yang memberikan modal tuk buka gerai tu, doa daripada kedua ibu bapa kami yang tak pernah putus-putus ingin melihat kami berjaya, mereka yang terlibat secara lansung dan tidak serta special thanks tu my ehem yg jadi student "btmm on-the-spot",wlaupon bkn sbnarnya. God Job! team..love u all <3

Friday 3 February 2012

Lets R0ck y0ur World !!

salam..hye slmat mlm!

Dalam banyak benda yang aku nak kongsi...I've just thought about something...sesuatu yg sangat penting dalam diri kita apabila kita sudah meningkat dewasa.. sudah cukupkah persediaan kita untu manghadapi hari-hari yang bakal mendatang di hadapan kita, sejauh mana pemikiran kritikal kita terhadap dunia luar, dunia yang tiada sempadan di luar sana. Lebih-lebih lagi kita yang beragama islam, mampukah kita berdiri di atas kaki sendiri tanpa bimbingan daripada orang tua, ibu bapa, penjaga ataupun guru pendidikan agama islam yang sering kali mengawasi gerak geri kita ketika berada di bangku sekolah. Tidak ketinggalan juga yang bukan beragama islam, mesti ada cara dan budaya yang tersendiri untuk persediaan ke 'alam nyata'.

huhh!! By the way, i have no idea why I should think about this kind of things in sudden..??? "banyak persoalan yang berada di minda.." ibarat petikan lagu cinta muka buku yang dinyanyikan oleh Najwa Latif (I'm pretty sure every Malaysian got knew her,right?)  ataupun, adakah di atas faktor-faktor kerana aku dah mancapai umur 20 tahun. Oh no! I can't believe that I'm not TEEN anymore,haha!!

Pa pe hal pon, aku ada terbaca sebuah blog di saat aku sedang mencari 'tanda-tanda kematangan' di ruangan search Google. Tujuannya adalah untuk menguji sejauh mana tahap kematangan aku di saat ini..hehe, and I love to share it with you all.

Menurut pembacaan aku ::

  1. Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. 
  2. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. 
  3. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung. 
  4. Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. 
  5. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. 
  6. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  7. Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. 
  8. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. 
  9. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu. 
  10. Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. 
  11. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. 
  12. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  13. Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. 
  14. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. 
  15. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  16. Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  17. Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. 
  18. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

Aku harap maklumat ini dapat membantu aku secara peribadinya, INSYAALLAH~~

The first step to getting the things you want out of life is this: Decide what you want.