Wednesday 5 March 2014

Hari Praktikal


Assalamualaikum ya wahai sahabat sekaliam,

Rasanya seperti sudah sekian lama aku tidak menulis sebarang entri didalam nukilan ku in. Selain disebabkan kesibukan masa, kepala ini juga seing terasa kosong tidak tahu apa yang hendak dikongsi ke dalam blog ini. Semua ini kerana aku mengharapkan bahawa aku dapat berkongsi segala pengisian yang penuh ilmu dan berpengetahuan, tapi x kunjung tiba. Pada mulanya, hendak berkongsi tentang kisah cinta diantara aku dan Adam. Hurrrrmmm, lagi2 lah xda berita yang menraik untuk aku kongsi tentangnya. Ok, kita xpayah banyak celoteh pasal tu.

Hari ni, ttba rasa nak kongsi pasal aku yang tengah menjalini latihan industri ataupun lebih dikenali sebagai praktikal ataupun internship kata mat saleh, kan? Sebenarnya ni dah masuk minggu ke 3 aku berpraktikal di bawah sebuah syarikat swasta yang dimana namanya aku tak tadap share, maaf ye. Bukan apa aku takut2 kalau aku masukkan nama company adalah menjadi satu kesalahan. Praktikal sebagai staf untuk pemasaran di bawah Business Development Department. Gempak tak gempaklah kan namanya, Well, kalau nak tahu tugasan yang diberikan pun boleh tahan juga. Mencabar ok.

Kerja 6 hari dalam seminggu daripada hari Isnin sehingga Sabtu, setengah hari. Yang paling best sekali, Hari Sabtu tu Syarikat ni ada buat Kelas Fadhu Ain untuk semua staf die yang beragama Islam. Gempak kannnnnnn?? Alhamdulillah sejuk hati aku dengar, walaupun bukan syarikat yang menjalankan perniagaan Islam tetapi mengamalkan amalan kerja yang berasakan Islamik. Alhamdulillah..

Justeru itu, aku turut berazama, akan aku gunakan kesempatan yang ada ini untuk menimbah ilmu dalam perniagaan sekaligus belajar secara teknikal dan fizikal untuk segala benda yang aku belajar secara teori sebelum ni kat dalam kelas kuliah. yes! aku nak belajar bersungguh-sungguh. Ya Allah redhailah usaha ku ini. Aminnn...Aminnn...aminnnn...

Ok lah cukup setakat tu jelah untuk hari ni.. salam

Mencari Redha Ilahi

Thursday 9 May 2013

Si Cantik Yang Penuh Cinta


Alhamdulillah, Assalamualaikum wbt..
Dapat lagi aku memberi sedikit perkongsian ilmu yang sangat kecil untuk tatapan para pembaca. Baru - baru ini aku telah diberikan satu amanah untuk berkongsi ilmu mengenai srikandi islam yang menjadi ketokohan kita pada hari ini pada zaman Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, sedikit penyelidikan aku lakukan dengan penuh bersemangat, al maklumlah dalam proses mengejar cahaya Ilahi, adakalanya srikandi - srikandi inilah yang kita jadikan panduan dan pedoman kita dalam menjadi Muslimah sejati. Allahuakbar sahabat-sahabat, lebih ratusan srikandi Islam pada zaman dahulu yang kita tidak tahu atau kenali langsung akan kewujudan. Lantas, hati ini tertarik pada seorang srikandi yang perjuangnya sebagai seorang Muslimah seawal usia 18 tahun, Masyaallah. Nama didiberi : Nailah Binti Al-Fararishah yang membawa maksud "Si Cantik Yang Penuh Cinta" . Ikuti alkisah srikandi tersebut dalam penulisan ku seterusnya.



Nailah binti al-Farafishah 
( Si cantik yang penuh cinta)

Isteri Khalifah Uthman bin Affan. Saat itu Uthman bin Affan, menyambut Isteri terakhirnya, pada saat ia berusia 81 tahun sedangkan Nailah berusia 18 tahun.

Tanya Uthman :Apakah engkau tak keberatan menikah dengan seorang lelaki tua bangka?  
Nailah tersenyum sambil tertunduk malu ia berkata :saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami yang lebih tua.
Jawab Uthman :Tapi aku telah jauh melampui ketuaanku?
Nailah tersenyum dan berkata : Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah saw. Dan itu jauh aku lebih sukai dari segala-galanya.

  •  Nailah terkenal sebagai seorang wanita yang cantik dan pandai.
  • Bijak dalam bermadah 
  • Arif menyusun kata indah.
  • Bahkan suaminya (Khalifah Uthman bin Affan) sendiri memujinya..

“Saya tidak menemui seorang wanita yang lebih sempurna
akalnya dari dirinya. Saya tidak segan apabila ia mengalahkan akalku.”
 Subhanallah!

Mereka menikah di Madinah al-Munawwarah dan sejak itu Uthman kagum pada tutur kata dan keahlian Nailah dalam bidang sastera. Kerana cintanya, Uthman sangat suka untuk memberikan hadiah kepada istrinya itu. Mereka mempunyai satu orang anak perempuan, Maryan binti Ustman.Dia seorang wanita yang cantik dan akhlaknya,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia dan taat pada suami.Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan lidahnya serta kematangan fikirannya.

Ketika terjadi fitnah yang memecah belah umat Islam pada tahun 35 Hijriyah, Nailah ikut mengangkat pedang untuk membela suaminya

Nailah hidup dirumah Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50 hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya;
"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,
sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku daripada nyawaku".

Nailah sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu adalah melindungi suaminya. Kedua lelaki tersebut telah berada dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan yang lain. Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak lalu di pijak-pijak. Ketika Uthman terbunuh, Nailah berkata:

“Sungguh kalian telah membunuhnya padahal ia telah menghidupkan malam dengan Al Qur’an dalam rangkaian rakaat.”

Sesudah pembunuhan itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan jenazah beliau.sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk menerangi malam.
Berita kematian Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa umat islam.Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada Muawiyah yang berbunyi :

"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu sehingga mereka kembali kepada Allah".

Nailah menghantar surat itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah. Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun  telah beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya. Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya. Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya : 
"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik itu?".
Lalu Nailah menjawab :
"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan
Aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku,
sebagaimana diketahui oleh Uthman".

Sebagai seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.

Catatan : SubhanaAllah wahai Muslimah semua, cintanya terhadap sang suami bukan kerana harta benda atau pun darjat, sungguh cintanya itu suci lagi murni terhadap suami dan Lillahitaa'la. Sesungguhnya syurga seorang isteri itu dibawah telapak kaki suaminya. Marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar tentang keperibadian kita, apakah kita berjaya menandingi srikandi terdahulu.

Hasil Nukilan,
Mencari Redha Ilahi
-Ain Plain Jane-