Tuesday 1 January 2013

WELCOME 2013 : Azam Baru Saya (:

Assalamualaikum and Morning!
#Buat seluruh manusia di muka bumi ini, aku mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013! Buat kawan2 yang seangkatan dengan ku yang bakal menduduki peperiksaan akhir semester, All The Best! Selamat menyambut tahun baru dengan buku, kahkahkah~ So, macam biasalah tahun baru semestinya azam baru. Kepada mereka-mereka yang belum lagi tercapai azam tahun lepas, apa kata kita bring forward azam tu ke tahun ni. Manalah tahu, kalau-kalau azam tu terlaksana pulak kan tahun ni. Same goes to me lah, ada jugak azam tahun lepas yang tak berjaya aku lunaskan.

.::Special wishes::.
To my Abah and Mummy : Semoga karier pada tahun ini, dilimpahi Rahmat dan penuh keberkatan dari Tuhan yang Esa. Segala kesusahan dan kepayahan pada tahun lepas, hanya tinggal kenangan dan sejarah. I do LOVE both of you.

To adik Fara and adik Nana : Semoga kita sentiasa menjadi anak yang solehah di sisi orang tua tercinta dan Allah SWT. Adik2ku, tuntutlah ilmu itu biar sampai ke mana sekali pun, jauh berjalan luas pemandangan cuma jangan kita leka dan alpa dalam arus kesenangan dan kemewahan duniawi. Jangan sesekali lupakan tanggungjawab kita, solat kita, perbaikilah diri kita mana yang kurang tu dan finally yang penting kita enjoy!! haha..

To Mr. Adam : semoga apa yang terjadi sepanjang tahun lepas, segala kenangan pahit dan manis akan kita jadikan pengajaran dan memori terindah. Majukanlah diri kita, buat mereka-meraka yang berada disekeliling kita dan orang2 yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat kita. Semoga kita menjadi lebih matang dalam membuat apa saja keputusan dan tindakan. Siapa kita pada hari inilah yang akan menentukan macam mana kita di masa hadapan nanti.

Pada tahun ni, pagi-pagi lagi aku dah susun azam baru aku untuk tahun ni, dan seperti biasa semua ni akan aku simpan dalam xxxxx xxxx aku (sorry! tak bleh taw) dan tiba2 rasa macam nak share dalam blog kali ni. lalalaaa~ bolehkan? Ouh, lupa(=.=") Sebelum tu, nak pesan; setiap orang tu matlamat hidup dia berbeza. So, sebelum, semasa dan selepas baca azam2 baru aku ni. DON'T JUDGE!! hehe..

         1. Saya mahu 'Terbangg..'.



Kenapa aku nak terbang? Hendak ke manakah? Eh, Ain nak pegi beli sayap ke? ttteeettt! salahhh! salah! Macam cerita dia. Pernah kalian semua terfikir, seekor rama-rama yang terbang tu, dia telah terbang hingga ke tahap mana? sejauh mana? Dah berapa luas dunia ni dia lihat? Kemungkinan besar sekecil rama-rama terbang yang kita lihat itu, di dalamnya telah penuh dengan pengalaman, pengisian, liku2 dan cabaran yang dipetik sepanjang pengambaraannya. So, nak dijadikan cerita: aku nak terbang setinggi yang boleh, aku nak lihat sejauh yang mungkin keindahan ciptaan Tuhan kita, Allah SWT. Aku percaya, di dalam 'pengambaraan' ku nanti pelbagai coretan dan kisah2 yang dapat aku jadikan tauladan, sempadan dan pengajaran.

Selain itu, aku ingin mencabar kemampuan diri ku sendiri, melihat dunia yang luas. aku ingin menjadi seperti seorang yang senantiasa merasa kerdil(rendah diri) dalam setiap kelompok manusia tapi santiasa ingin mencuba dan mencari perkara-perkara baru. In Other Words, EXPLORE! Apa2 pun, bila dah terbang setinggi yang mungkin, jangan lupa untuk melihat ke bawah. Manalah tahu, ada sesuatu yang kita tertinggal atau terlupa buat seketika, In Shaa Allah.

       2.  Menjaga Solat 5 kali sehari dan perbanyakkan amalan sunat.


Secara jujur dan ikhlasnya, perkara ini amatlah besar nilai amanahnya. Apa yang aku mampu ulaskan, aku harap aku dapat melunaskan azam baru aku ni di setiap helaian muka surat yang terkandung dalam 365 muka surat tahun 2013. Ini semua bergantung kepada tahap keimanan kita masing2, sekejap turun sekejap naik, ya! itulah kita. Bersama-samalah kita mengimbangi dan meningkatkannya. aminnn~ In Shaa Allah.

      3. Sentiasa berfikiran positif, berbaik sangka dan menyayangi (ibubapa & saudara).


Pada aku, berbuat baik itu sangat subjektif, terpulang pada individu masing2 macam mana hendak menilainya. Kakak yang boleh dicontohi, anak yang solehah, pelajar cemerlang, wanita yang berjaya di dunia dan akhirat-Nya. Pada tahun baru 2013 ini, inilah harapan baru aku. Permudahkanlah jalanku, ya Allah.

        4. Ingin menjadi seorang yang 'Independent'.



huhhh! *Lap peluh kat dahi jap*. Thats totally not me!! haha. By the way, demi umur yang makin meningkat ni, aku masukkan list no.4 ni. Ini adalah list yang terbaru, tak pernah lagi aku buat dalam mana2 tahun sebelum ni, seriously! persoalannya?? bolehkah aku..? Mampukah aku? fine~~ kita tengok ja lah nanti. huhu, In Shaa Allah. GO AIN!!

       5. Menjadi kekasih yang .... xxxx (hehe..)


Ini untuk my Adam-to-be, In Shaa Allah. Well, sebenarnya banyak lagi tapi, ini saja yang Wajib, hihi. Selebih tu, mungkin upgrade atau pun akan discard mengikut peredaran masa dan ketika. Dengan langkah kanan, "Bismillahirahmanhirrahim", selamat melangkah ke tahun baru dengan azam dan niat untuk terus menjadi insan yang berjaya dan merendah diri.(:

P/s : Exam mood bercampur aduk dengan mood balik kampung, lalalaaaa~

With Love, 
Ain =)

No comments:

Post a Comment