Friday 14 December 2012

TEGURLAH JIKA SALAH, JANGAN MEMBENCI TANPA SEPATAH

Assalamualaikum wbt. dan Salam Jumaat
#Jumaat adalah penghulu segala hari. Alhamdulillah masih lagi kita diberi peluang untuk menikmati ciptaan yang maha indah, ALLAH SWT.

Tanpa kita sedari ada masanya kita cuba untuk buat sesuatu tu dengan cara yang terbaik. Menghargai manusia dan sekeliling alam kita dengan penuh rasa nikmat dan syukur. Namun, kenapa masih diri ini terasa seperti dianiaya. Subhanallah, Allah maha hebat, Dia ada perancangan yang amat sempurna buat diri kita di luar jangkaan kita. Sakitnya hanya pada permulaan, kamudian dalam beberapa peringkat membuatkan diri ini sedar akan kebesaranNya, kekuasaanNya dan kehebatanNya. Mungkin diri ini bukanlah Islam sejati yang alim tapi In Sha Allah hati ini masih betakhta Tuhan yang Esa, Allah SWT.

Sebelum ini,
Sifat semula jadi aku yang tidak pernah menilai seseorang telah membawa aku ke satu tahap yang amat menyakitkan tetapi penuh dengan pengisian yang boleh dijadikan pengajaran sebagai seorang manusia yang hanya singgah buat sementara waktu di Bumi milik Allah ini. Siapa pun orang yang datang kepadaku, berdampingan  dengan ku, bersahabat dengan ku, sentiasa di alu2kan dengan hati yang ikhlas. Siapa pun dia, bukan persoalan bagiku, tetapi siapa dia untukku, siapa dia kepadaku esok hari, dan apa yang aku jadi selepas bersamanya, itulah yang teramat penting. Namun, perkara ini tidak pernah aku pertimbangkan sebelum ini, kenapa? kerana ikhlas menerima dirinya sebagai manusia yang sama2 duduk di Bumi Allah. Sahabat sekalian, kita ini tidak pernah lari dari melakukan kesilapan tapi, ada kesilapan yang kita sedari dan ada yang diluar pengetahuan kita. Sebaik2nya, "TEGURLAH JIKA SALAH, BUKAN MEMBENCI TANPA SEPATAH".

Kita tegur demi kebaikannya kerana ingin lihat dia menjadi lebih baik dari semalam. Akan tetapi, macam mana kita hendak melihat seseorang tu menjadi lebih baik kalau kita menegur tanpa suara, perkataan, bahasa badan ataupun sebarang cara komunikasi yang lain. Bolehkah dia menjadi lebih baik. Fikirkanlah? Kemudian, kesilapannya menjadi perkara kita benci. Di mana keadilan kita pada masa itu? Di mana perginya kemanusiaan kita?

Keikhlasan itu ada batasnya, ini yang tidak pernah aku terfikir. Keikhlasan juga mempunyai batas-batas tertentu, terutama sekali dalam keikhlasan memberi dan keikhlasan menerima. Huhh! Sungguh mendalam bahasa yang aku gunakan hari ni, hehe. Aku pun dah pening baca. By the way, Alhamdullillah segala kekusutan telah selesai, salah faham yang terjadi telah pun berjaya dileburkan. Namun, ada sesuatu yang tak berjaya untuk aku kutip semula. Iaitu nilai perhubungan di antara aku dan dia.

Hal ini mungkin disebabkan hati kami tidak yakin dan tidak kuat dengan dugaan yang melanda, aku pun turut berkecil hati dan terkilan dengan apa yang terjadi. Malangnya, bukan kami yang mintak, aku sendiri tidak pernah menyangka untuk di duga sebegini. Kalau boleh aku putarkan masa tak nak berkenalan dengannya sebab tak mahu menanggung sakit ni. In Shaa Allah, akan aku jadikan ia sebagai ikhtibar buat diri ku di masa2 akan datang. Pertama, jangan terlalu menyayangi kawan, fact jangan terlalu meyakini dan menyayangi sesebuah hubungan melebihi yang maha Esa.

Kenapa aku di benci, sedangkan aku tidak pernah membenci sesiapa walaupun dicercah, dicaci dan dihina. Subhanallah, tidak pernah terlintas langsung dihati ini untuk membenci sesiapa. Malah, melepaskan marah di hati saja aku tidak mampu. Kenapa? sebab aku tahu diri ini tidak sempurna dan sangat hina di Mata Allah. Ya, itulah aku yang sgt daif di sisiNya. Tapi, kenapa tetap ada yang tidak senang akan kehadiran, aku tak pernah pun ganggu hidup orang. Tambahan kalau aku mampu, aku ingin jadi 'bahu' kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, ingin menjadi tangan yang mengesat air mata sesiapa sahaja, menjadi telinga untuk luahan hati sesiapa sahaja dan segala2nya yang aku mampu, In Shaa Allah.

Namun hati selalu teringat kepada kata-kata abah : "Allah takkan menguji hambanya, di luar kemampuannya sendri, dan selagi Allah tu menguji kita..selagi itulah Allah tu masih sayangkan kita.."

Ini sahaja yang menjadi bekalan untuk aku berdepan dengan segala dugaan dan masalah yang kadang-kadang menyebabkan aku jatuh tersungkur. Mungkin jugak peristiwa ini, menginginkan aku agar semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT, alhamdulillah aku telah menjadi sebahagian daripada hambaNya yang terpilih berjaya memperoleh cahaya hidayah dari-Mu, AMinn.. (:

Selepas ini, berhati2lah Ain dalam menjaga hati sendiri, jangan terlalu melukakannya.

ALLAH SWT WITH ME <3


P/S : Hari ini hari yang amat istimewa, menurut kalender islam hari ini merupakan 1 Safar 1434 = 1/2/34..see? Lawakann? kena pulak dengan Hari Jumaat penghulung segala hari. Subhanallah, cantiknya perancangan Allah. Marilah kita mendekatkan diri kepadanya selagi di beri peluang, Aminn.

No comments:

Post a Comment