Wednesday 19 December 2012

SELAWAT TAFRIJIYAH...amalkan :)

Assalamualaikum dan selamat malam..
#Aku dapat merasakan di antara banyak-banyak malam, malam ini adalah di antara salah satu malam yang bertuah yang pernah aku ada.

Antara asbabnya, entah kenapa malam ni hati begitu sungguh terbuka dengan penampilan yang aku sendiri tak pernah sangkakan bahawa suatu masa nanti aku akan menggayakannya. Dan hari ini terjadi, sungguh benar apa yang diperkata oleh orang2 sebelum ni. Kita dapat merasa bahawa diri akan lebih 'selamat', walaupun bukan 'selamat' sepenuhnya tapi hati berasa begitu tenang sekali. Malahan si dia juga ada mengatakan; "sejuk hati saya tengok awak pakai macam ni, hehe...". Tiba-tiba terlintas di hati ini, apatah lagi kalau abah dengan mummy sekiranya melihat penampilan aku malam ni, sejuk hati Abah, sejuk perut mummy yang 9 bulan mengandungkan aku. Subhanallah, baru aku tahu dan sedar malam ni, Allah meletakkan sesuatu itu ada sebab2 tertentu.

Kemudian, malam ni jugak merupakan malam Usrah terakhir aku bersama-sama family usrah ku. Hurm, bukan last yang selama2nyalah, tapi kali yang terakhir buat sem ini. Memandangkan 2 minggu akan datang merupakan peperiksaan akhir semester bagi aku dan juga rakan-rakan seangkatan ku di Universiti. Apa yang mampu, aku doakan kalian serta sahabat2 semua buat yang terbaik dan lakukan ibadah menuntut ilmu ini lillahita'la, In Shaa Allah yer kawan2. Tak lain tak bukan juga sasaran untuk meraih anugerah Dekan supaya berjaya grade dengan cemerlang, yeah! hehe.

Khas buat rakan2 sekelas : 2BTMM-FPTT-UTeM
dan Blink2, Rakan2 Usrah dan semua yang mengenali diri ini
Juga buat si Dia, all the best!

Pada entri ini, aku nak kongsi satu tips yang amat menarik, bermanfaat dan penuh kenikmatan, In Shaa Allah. Tips ini telah dikongsi oleh salah seorang rakan usrah aku tadi. Ternyata dan yang pasti ini juga merupakan 1 tips baru buat diri aku secara peribadinya. Mungkin ianya juga anda di antara pembaca2 yang memang mengamalkan tips ini sebelum ni. Namun, menurut mereka yang telah mengamalkannya sebelum ini, Alhamdullilah ternyata ianya sangat berkesan terutamanya kepada subjek2 yang memerlukan daya ingatan yang kuat, subjek yang perlu banyak membaca. Menurut sahabat tu lagi, tips ini dikongsi sendiri oleh pensyarah beliau yang kini berpangkat 'Dr'(Phd), tidak mustahil jika tips yang sama juga di gunakan oleh beliau. apa yang aku maksudkan adalah dengan mengamalkan 'SELAWAT TAFRIJIYAH' semasa mengulangkaji pelajaran.

Untuk lebih membantu, sila lah download bacaan selawat ni daripada internet.
:)
Sampai saja kat rumah, aku terus search kelebihan2 lain yang ada pada SELAWAT TAFRIJIYAH ni daripada internet, almaklumlah aku juga baru sahaja mengenalinya. Ternyata ianya lebih banyak kelebihan dan keistimewaan lain yang ada pada selawat ni, Jom kita beramal kawan2!


Kelebihan Selawat Tafrijiyah yang pernah disampaikan oleh ulama..

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.
  1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11X setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.
  2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 X atau 100 X, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
  3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 X setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.
  4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 X akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.
  5. Selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita.Sesuai dengan kelebihan berselawat
  6. Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 X ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
  7. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 X setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  8. Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 X sehari, Insyaallah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita
  9. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 X pada air dan minum. Insyaallah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  10. Berselawat 33 X sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  11. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
  12. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
  13. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 X setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  14. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 X setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  15.  Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya
  16. Membaca selawat 10 X pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  17. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 X selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  18. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 X sehari.
  19. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 X tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, Insyaallah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  20. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  21. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
  22. Membaca selawat 1000 X selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya
  23. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 X pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.
  24. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat .
p/s : sekian sahaja informasi untuk malam ini, akhir sekali selamat berjuang dalam peperiksaan akhir buat semua rakan seperjuang yang bakal menduduki exam final ni, All the besttt!! ingat! LILLAHITAA'LA :)
Selamat malam, buat semua permata hati Allah.

With Love,
Ain :)

1 comment: