Wednesday 5 March 2014

Hari Praktikal


Assalamualaikum ya wahai sahabat sekaliam,

Rasanya seperti sudah sekian lama aku tidak menulis sebarang entri didalam nukilan ku in. Selain disebabkan kesibukan masa, kepala ini juga seing terasa kosong tidak tahu apa yang hendak dikongsi ke dalam blog ini. Semua ini kerana aku mengharapkan bahawa aku dapat berkongsi segala pengisian yang penuh ilmu dan berpengetahuan, tapi x kunjung tiba. Pada mulanya, hendak berkongsi tentang kisah cinta diantara aku dan Adam. Hurrrrmmm, lagi2 lah xda berita yang menraik untuk aku kongsi tentangnya. Ok, kita xpayah banyak celoteh pasal tu.

Hari ni, ttba rasa nak kongsi pasal aku yang tengah menjalini latihan industri ataupun lebih dikenali sebagai praktikal ataupun internship kata mat saleh, kan? Sebenarnya ni dah masuk minggu ke 3 aku berpraktikal di bawah sebuah syarikat swasta yang dimana namanya aku tak tadap share, maaf ye. Bukan apa aku takut2 kalau aku masukkan nama company adalah menjadi satu kesalahan. Praktikal sebagai staf untuk pemasaran di bawah Business Development Department. Gempak tak gempaklah kan namanya, Well, kalau nak tahu tugasan yang diberikan pun boleh tahan juga. Mencabar ok.

Kerja 6 hari dalam seminggu daripada hari Isnin sehingga Sabtu, setengah hari. Yang paling best sekali, Hari Sabtu tu Syarikat ni ada buat Kelas Fadhu Ain untuk semua staf die yang beragama Islam. Gempak kannnnnnn?? Alhamdulillah sejuk hati aku dengar, walaupun bukan syarikat yang menjalankan perniagaan Islam tetapi mengamalkan amalan kerja yang berasakan Islamik. Alhamdulillah..

Justeru itu, aku turut berazama, akan aku gunakan kesempatan yang ada ini untuk menimbah ilmu dalam perniagaan sekaligus belajar secara teknikal dan fizikal untuk segala benda yang aku belajar secara teori sebelum ni kat dalam kelas kuliah. yes! aku nak belajar bersungguh-sungguh. Ya Allah redhailah usaha ku ini. Aminnn...Aminnn...aminnnn...

Ok lah cukup setakat tu jelah untuk hari ni.. salam

Mencari Redha Ilahi