Saturday 5 January 2013

I Can Not Feel 'it' Anymore


#Tali yang telah putus... Walau disambung semula dengan apa cara sekali pun, tetap takkan serupa dan sekemas seperti yang sebelumnya.

Mungkin kan terputus di tengah jalan..
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan...

Mungkin kita kan berbeza haluan, Mungkin kan berakhirnya sebuah percintaan..

Entah kenapa, semakin hari semakin sukar untuk aku merasakannya. Semakin lama, semuanya sudah tak menjadi seperti yang aku inginkan. Kenapa menjadi semakin sukar untuk dilafazkan. Memanglah kalau dilihat dari pandangan mata kasar, meluahkan sesuatu itu bukannya satu perkara yang sukar. Tapi, bagaimana pula sesuatu benda yang kita anggap ianya mudah like "Just Saying" it. susah untuk di luahkan. Urm, bila kita tanya, dia tanya kita soalan yang sama semula, kemudian soalan kita tu dibiarkan tidak berjawab. Adakah ianya berpunca kerana 'rasa' itu sudah tidak wujud lagi. Kalau betullah, sudah hilang, sudah tidak ada lagi, atau pun cuma tinggal sisa. Then, why still being together. For what being 'us?

Ya Allah sungguh aku lemah, tapi aku masih bertahan walau apa pun terjadi. Cuma, apa yang aku rasa adalah menjadi tidak adil kalau aku seorang sahaja yang bertahan, berjuang, dan sebagainya. Ada kalanya aku ingin berundur, ingin mengalah kerana ini adalah  sakit yang paling sakit di antara banyak-banyak penyakit kronik dalam dunia ini. Awak, awak faham tak? awak dengar tak? awak nampak tak? Jangan benarkan sehingga aku mengangkat bendera putih. I don't want too but sampai bila perkara macam ni akan terus terjadi. Aku yang terus mencari, aku yang terus mengingati, aku yang terus bercerita, aku yang terus membawa, aku yang terus menunggu, semuanya aku yang mulakan. ya, Aku! dan kamu, Bila...? Tolonglah putuskan sesuatu, kalau betul perkara itu sudah tidak wujud, nyatakan, ceritakan kepada aku, beri aku tahu, aku inginkan sesuatu yang lebih jelas dan nyata. Andai anggapan ini bukanlah suatu kebenaran, aku ingin tahu, kenapa? sebab apa? kenapa? dan kenapa? semua 'kepelikkan' berlaku diantara aku dan kamu. Tolong..... Jangan..... biarkan persoalan yang tak berjawapan ini, melebihi kebenaran yang kabur.

Hidup sebagai manusia di muka bumi ini, masih banyak perkara yang perlu dilakukan, diselesaikan dan dipertanggungjawabkan. Aku tak mahu, disebabkan perkara ini sahaja, segala urusan kita yang lain tergendala, ataupun cuma urusan lain-lain ku sahaja yang tergendala dan kamu berjalan lancar seperti biasa. Every single moment, ini sahaja yang bermain-main di kepala aku. Mungkin walau jawapannya sakit sekali pun, aku redha aku pasrah. Adakalanya, terus terang itu amat menyakitkan tapi itulah biasanya yang menjadi jalan terbaik dalam tiap-tiap permasalahan. Aku rindukan gelak-tawa ku, keyakinanku, kesabaranku, kejayaanku, senyumanku, yang sebelum ini setiap hari menemaniku. Ke mana semua itu pergi? Awak, semua itu telah hilang dibawa pergi oleh masalah yang sedang berlaku ni. Tolong kembalikannya....
"Ku Biarkan Senyumku Menari di Udara..."
p/s : Perlukan pen'JELAS'an. Harap maklum.

With Love,
Ain =( 

No comments:

Post a Comment