Alhamdulillah, Assalamualaikum wbt..
Dapat lagi aku memberi sedikit perkongsian ilmu yang sangat kecil untuk tatapan para pembaca. Baru - baru ini aku telah diberikan satu amanah untuk berkongsi ilmu mengenai srikandi islam yang menjadi ketokohan kita pada hari ini pada zaman Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, sedikit penyelidikan aku lakukan dengan penuh bersemangat, al maklumlah dalam proses mengejar cahaya Ilahi, adakalanya srikandi - srikandi inilah yang kita jadikan panduan dan pedoman kita dalam menjadi Muslimah sejati. Allahuakbar sahabat-sahabat, lebih ratusan srikandi Islam pada zaman dahulu yang kita tidak tahu atau kenali langsung akan kewujudan. Lantas, hati ini tertarik pada seorang srikandi yang perjuangnya sebagai seorang Muslimah seawal usia 18 tahun, Masyaallah. Nama didiberi :
Nailah Binti Al-Fararishah yang membawa maksud
"Si Cantik Yang Penuh Cinta" . Ikuti alkisah srikandi tersebut dalam penulisan ku seterusnya.
Nailah binti al-Farafishah
( Si cantik yang penuh
cinta)
Isteri Khalifah Uthman
bin Affan. Saat itu Uthman bin Affan, menyambut Isteri terakhirnya, pada
saat ia berusia 81 tahun sedangkan Nailah berusia 18 tahun.
Tanya Uthman :Apakah engkau tak keberatan menikah dengan
seorang lelaki tua bangka?
Nailah tersenyum sambil tertunduk malu ia berkata :saya termasuk wanita yang lebih suka
memiliki suami yang lebih tua.
Jawab Uthman :Tapi aku telah jauh melampui ketuaanku?
Nailah tersenyum dan berkata : Tapi
masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah saw. Dan itu jauh aku lebih
sukai dari segala-galanya.
- Nailah
terkenal sebagai seorang wanita yang cantik dan pandai.
- Bijak
dalam bermadah
- Arif
menyusun kata indah.
- Bahkan
suaminya (Khalifah Uthman bin Affan) sendiri memujinya..
“Saya tidak menemui seorang wanita
yang lebih sempurna
akalnya dari dirinya. Saya tidak segan
apabila ia mengalahkan akalku.”
Subhanallah!
Mereka menikah di
Madinah al-Munawwarah dan sejak itu Uthman kagum pada tutur kata dan keahlian
Nailah dalam bidang sastera. Kerana cintanya, Uthman sangat suka untuk
memberikan hadiah kepada istrinya itu. Mereka mempunyai satu orang anak
perempuan, Maryan binti Ustman.Dia seorang wanita yang cantik dan
akhlaknya,isteri Khlifah Uthman bin Affan.Seorang isteri yang ikhlas,setia
dan taat pada suami.Meskipun Nailah bukannya dari golongan wanita
Quraisy,mempunyai ayah penganut agama nasrani namun dia tetap menonjol
dari kalangan muslimah ketika itu.Ini disebabkan kelebihan kecantikkan,kebijaksanaan,kefasihan
lidahnya serta kematangan fikirannya.
Ketika terjadi fitnah yang memecah belah umat Islam
pada tahun 35 Hijriyah, Nailah ikut mengangkat pedang untuk membela suaminya
Nailah hidup dirumah
Khalifah Uthman dengan penuh penghormatan.Ketika pengepungan selama 50
hari,rumah Khalifah Uthman,org yg tidak berengang daripada Khalifah Uthman
ialah Nailah.Kaum pemberontak tidak henti-henti melempar rumah Khalifah
dengan batu-batu dan panah.Tiga orang telah terbunuh.Meskipun
Abdullah telah membuat perjanjian bertulis kepada orang ramai supaya
jangan berbuat sesuatu terhadap Khalifah,namun masih ada dua orang yg
melanggar perintah itu.Muhammad bin Abu Bakar yg mengetuai pembelotan
itu. Ketika Muhammad dan seorang temannya melepaskan tali pagar rumah
Khalifah dan memanjat dengan tali itu,Nailah menjenguk di tingkap sehingga
terurai rambutnya yg ikal.Khalifah menegurnya;
"Nailah,tutuplah rambutmu itu dengan kain tudung,
sesungguhnya rambutmu itu lebih besar nilainya padaku
daripada nyawaku".
Nailah
sudah tidak mendengar kata-kata Khalifah,yg penting baginya ketika itu
adalah melindungi suaminya. Kedua lelaki tersebut telah berada
dihadapannya.Lelaki pertama menghayunkan pedangnya pada Khalifah tetapi
dengan pantas Nailah menahan dengan tangannya sehingga terputus jari-jari
halusnya.Nailah menjerit kesakitan dan memanggil Rabah yang akhirnya
membunuh lelaki tersebut.Kemudian datang Muhammad bin Abu Bakar,dia
menghayun pedangnya dan Nailah menahannya lagi sehingga terhiris jari-jari tangan
yang lain. Muhammad mencabut janggut Khalifah,memukul kepala dan
menikamnya.Dia menyelar tubuh Khalifah dengan pedang sedangkan sewaktu itu
beliau masih hidup .Apabila Muhammad Hendak memotong kepala Khalifah,badan
Nailah sendiri yang menahannya bersama puteri Syibah.Mereka berdua ditolak
lalu di pijak-pijak. Ketika Uthman terbunuh, Nailah berkata:
“Sungguh kalian telah membunuhnya padahal ia telah menghidupkan
malam dengan Al Qur’an dalam rangkaian rakaat.”
Sesudah pembunuhan
itu,tidak seorg pun yang berani datang untuk memandi dan mengebumikan
jenazah beliau.sehingga Nailah menghantar utusan kepada Jubair bin Hizam
dan Huwaitib bin Abd Uzza.mereka tidak berani mengebumikannya di
waktu siang.Akhirnya mereka keluar antara Maghrib dan Isyak untuk menanam
jenazah Khalifah.Nailah mendahului dengan membawa lampu kecil untuk
menerangi malam.
Berita kematian
Khalifah tersebar luas. Dan peristiwa inilah yang membawa
perselisihan antara Saidina Ali dan Muawiyah yang telah mengorbankan
ratusan ribu nyawa umat islam.Nailah telah menghantar sepucuk surat kepada
Muawiyah yang berbunyi :
"Jika dua golongan dari kaum itu berperang, hendaklah
kamu damaikan antara keduanya. Dan jika yang satu dari keduanya melanggar
perjanjian kepada yang lain, maka perangilah yang melanggar perjanjian itu
sehingga mereka kembali kepada Allah".
Nailah menghantar surat
itu bersama pakaian Khalifah Uthman yang telah koyak dan berlumuran darah.
Pada butang bajunya diikat segumpal janggut yang dicabut oleh Muhammad Bin
Abu Bakar. Dia turut mengirimkan lima jari yang terpotong. Walaupun telah
beberapa lama kematian suami, kesedihan tetap menyelubungi hatinya.
Kesedihan Nailah tidak pernah putus sehinggalah Muawiyah meminangnya.
Nailah menolak dan mematah-matahkan giginya sehingga orang lain bertanya
:
"Mengapakah kamu mematah-matahkan gigi mu yang cantik
itu?".
Lalu Nailah menjawab :
"Aku tidak mahu kesedihanku pada Uthman menjadi pudar
sebagaimana pudarnya kain-kain buruk dan
Aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku,
sebagaimana diketahui oleh Uthman".
Sebagai
seorang sasterawan dan penyair, Nailah banyak mengubah sajak dan syair yang
diabadikan buat suaminya. Dia menolak perkahwinan selepas perginya Saidina
Uthman. Dia tetap setia meskipun selepas kematian Khalifah. Dialah wanita yang
sanggup mengorbankan apa sahaja untuk perjuangan suaminya.
Catatan : SubhanaAllah wahai Muslimah semua, cintanya terhadap sang suami bukan kerana harta benda atau pun darjat, sungguh cintanya itu suci lagi murni terhadap suami dan Lillahitaa'la. Sesungguhnya syurga seorang isteri itu dibawah telapak kaki suaminya. Marilah kita sama-sama mengambil ikhtibar tentang keperibadian kita, apakah kita berjaya menandingi srikandi terdahulu.
Hasil Nukilan,
|
Mencari Redha Ilahi -Ain Plain Jane- |